"sekiranya dunia ini melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya , mengapa kamu pulayg memilikinya ? sekiranya teknologi nuklear ini baik untu kamu , mengapa kami tidak oleh juga menggunakannya ?"
* siapakah pemimpin negara islam yg enggan tunduk kpd kuasa Amerika
Syarikat dan Eropah ?
* siapakah pemimpin negara ISLAM y dengan lantang dan berani
mempertikakan peristiwa Holocoust ( zaman pemerintahan nazi ) ?
* siapakah pemimpin negara ISLAM yg berdakwah kpd kuasa besar dunia
melalui surat selepas RASULULLAH ?
Selepas tragedi 11 Sept yg membawa kpd kejatuhan pemerintahan Taliban di Afganistan dan kerajaan Saddam Hussein di Iraq , dunia Islam seolah-olah 'tunduk dan patuh' kpd kuasa BARAT ! Segalanya berubah apabila MAMOUD AHMADINEJAD memikul tggungjawab sbgai Presiden ke -6 Republik Islam Iran pada 3 Ogst 2005 . Dalam waktu yg singkat , Ahmadinejad menjadi pemimpin Islam yg disegani diseluruh dunia .
p/s : ana mahu kongsi kisah beliau kerana ana mula membaca buku yg berjudul "AHMADINEJAD SINGA BARU DUNIA ISLAM" setebal 2 inci (kot) apabila disuruh oleh ayah . Pada awalnya ana rasa bosan kerana ana 'disuruh' untuk membaca buku yg 'tebal' dan kulit buku yg terpapar 'tidak menarik' dan terdapat 'gambar' seorang 'lelaki yg ana ta kenal' (Ahmadinejad) . Tapi , setelah ana baca , buku ini mengisahkan tntg pengalaman beliau memerintah yg kehiupanya tidak semewah pemimpin yg setarf dgn beliau yg lain . Benyak kisah yg menarik tentg beliau di dalam buku ini . Dan ana rasa ruginya ana kalau hari tu ana ta baca buku ni ( hehe ) . * ngee ~ sedikit pengajaran , ada hikmah kalau parent kita suruh melakukan sesuatu yea ! <3>
Tuesday, November 24, 2009
Singa Baru Dunia Islam
Posted by ~ Muslimah Girl :) ~ at 12:29 AM 0 comments
Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan
perpisahan ini terjadi lagi..
aq terpaksa berpisah bersama teman
kerna dia ingin berhijrah mencari ilmu nun di sana..
aq redha dgn takdir ilahi..
aq tidak dapat menolak takdir ini..
tetapi mengapa aq selalu dipisahkan dari teman-temanku?
aq tidak sanggop lagi ya Allah..
dulu aq terpaksa berkorban..
tetapi mengapa kali ini aq terpaksa berkorban lagi??
lepas sorang dan seorang meninggalkan aq..
ada kala aq yg terpaksa meninggalkan mereka..
penghijrahan dari satu tempat
ke satu tempat amat memeritkan..
aq kehilangan semua teman ku..
teman-teman karib ku..
teman-teman sekuliah dengan ku..
teman-teman yang selalu gurau senda dengan ku..
kali ini aq terpisah dari tiga orang teman..
begitu perit untuk aq terima..
hanya sebelas bulan aq baru bersama mereka..
kini aq kehilangan mereka..
hilai tawa mereka..
usikan ejek2 dari mereka..
gurau senda mereka..
kini telah lenyap di dalam kamus hidupku..
namun aq tidak akan melupakan kalian semua..
Posted by ~ Muslimah Girl :) ~ at 12:27 AM 0 comments
Air Mata Insan Yang Tidak Berdosa
air matanya menitis lagi..
air mata seorang insan yang tidak berdosa..
air matanya menitis dek kerana kekejaman sang penghianat..
pemergiannya menunaikan haji menjadi spekulasi..
agenda politik si pengkhianat yg iri hati..
sedih ku melihat situasi ini..
jejakkan kaki tok guru ke kota makkah
di halangi oleh pengkhianat ini..
dunia betul2 sudah ke akhir zaman..
teringat aku ke peristiwa
ketika di zaman Baginda s.a.w..
Baginda pernah di halang oleh orang2 Quraisy
memasuki kota Makkah..
kini..
tok guru pula yang di halang..
sejak peristiwa ini berlaku..
aq makin takut..
aq takut pada bala yg
akan Allah turunkan pd penduduk
di negara ini..
makin ramai yg memaki dan mencaci para2 ulama..
sedangkan artis2 dan pembesar ramai yg dipuja dan dipuji..
arak dan maksiat makin berleluasa..
seperti sudah dihalalkan untuk melakukanya..
Ya Allah..
jahilnya hamba2 mu ini..
apakah ini menandakan yang kiamat mu
itu makin menghampiri kami semua??
Posted by ~ Muslimah Girl :) ~ at 12:27 AM 0 comments
Ibadat Haji Lambang Perpaduan Islam
MAKKAH - Berjuta-juta penganut Islam, yang datang dari pelbagai negara seluruh dunia untuk menunaikan ibadat haji, memenuhi Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah untuk menunaikan solat Jumaat kelmarin.
Imam Makkah, Sheikh Saud Al-Shuraim dalam khutbahnya mengingatkan jemaah mengenai peranan haji dalam menguatkan perpaduan umat Islam seluruh dunia.
"Kita dapat saksikan manusia berdoa kepada Allah dalam bahasa yang berbeza dan mereka datang dari pelbagai sudut dunia. Mereka cuba mengenali satu sama lain dan memahami erti perpaduan dan persaudaraan," katanya.
Beliau juga menggesa umat Islam bersatu di bawah panji Islam berdasarkan ajaran Al-Quran dan Sunah.
Imam Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Al-Qassim dalam khutbahnya pula berkata, haji mampu menyucikan dosa-dosa yang dilakukan jemaah ketika dulu.
"Balasan syurga kepada haji yang mabrur," katanya memetik sepotong hadis Nabi Muhammad.
Beratus-ratus ribu jemaah yang tiba di Madinah sejak permulaan musim haji kini sudah berada di Makkah.
Sebuah bas akan bertolak ke Makkah pada setiap lima minit," kata Pengarah Kementerian Haji Cawangan Madinah, Muhammad Abdul Rahman Al-Bijawi.
Kira-kira 800,000 jemaah mengunjungi menziarahi pusara Nabi Muhammad dan menunaikan solat di masjid baginda selain melawat tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan tanah perkuburan Al-Baqeea.
Hampir tiga juta jemaah dijangka menunaikan haji tahun ini yang bermula 25 November ini.
Posted by ~ Muslimah Girl :) ~ at 12:26 AM 0 comments

