CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 24, 2009

Singa Baru Dunia Islam

"sekiranya dunia ini melihat nuklear ini keji dan kami tidak boleh menguasai dan memilikinya , mengapa kamu pulayg memilikinya ? sekiranya teknologi nuklear ini baik untu kamu , mengapa kami tidak oleh juga menggunakannya ?"

* siapakah pemimpin negara islam yg enggan tunduk kpd kuasa Amerika
Syarikat dan Eropah ?

* siapakah pemimpin negara ISLAM y dengan lantang dan berani
mempertikakan peristiwa Holocoust ( zaman pemerintahan nazi ) ?

* siapakah pemimpin negara ISLAM yg berdakwah kpd kuasa besar dunia
melalui surat selepas RASULULLAH ?

Selepas tragedi 11 Sept yg membawa kpd kejatuhan pemerintahan Taliban di Afganistan dan kerajaan Saddam Hussein di Iraq , dunia Islam seolah-olah 'tunduk dan patuh' kpd kuasa BARAT ! Segalanya berubah apabila MAMOUD AHMADINEJAD memikul tggungjawab sbgai Presiden ke -6 Republik Islam Iran pada 3 Ogst 2005 . Dalam waktu yg singkat , Ahmadinejad menjadi pemimpin Islam yg disegani diseluruh dunia .

p/s : ana mahu kongsi kisah beliau kerana ana mula membaca buku yg berjudul "AHMADINEJAD SINGA BARU DUNIA ISLAM" setebal 2 inci (kot) apabila disuruh oleh ayah . Pada awalnya ana rasa bosan kerana ana 'disuruh' untuk membaca buku yg 'tebal' dan kulit buku yg terpapar 'tidak menarik' dan terdapat 'gambar' seorang 'lelaki yg ana ta kenal' (Ahmadinejad) . Tapi , setelah ana baca , buku ini mengisahkan tntg pengalaman beliau memerintah yg kehiupanya tidak semewah pemimpin yg setarf dgn beliau yg lain . Benyak kisah yg menarik tentg beliau di dalam buku ini . Dan ana rasa ruginya ana kalau hari tu ana ta baca buku ni ( hehe ) . * ngee ~ sedikit pengajaran , ada hikmah kalau parent kita suruh melakukan sesuatu yea ! <3>

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

perpisahan ini terjadi lagi..
aq terpaksa berpisah bersama teman
kerna dia ingin berhijrah mencari ilmu nun di sana..
aq redha dgn takdir ilahi..
aq tidak dapat menolak takdir ini..
tetapi mengapa aq selalu dipisahkan dari teman-temanku?
aq tidak sanggop lagi ya Allah..
dulu aq terpaksa berkorban..
tetapi mengapa kali ini aq terpaksa berkorban lagi??
lepas sorang dan seorang meninggalkan aq..
ada kala aq yg terpaksa meninggalkan mereka..
penghijrahan dari satu tempat
ke satu tempat amat memeritkan..
aq kehilangan semua teman ku..
teman-teman karib ku..
teman-teman sekuliah dengan ku..
teman-teman yang selalu gurau senda dengan ku..
kali ini aq terpisah dari tiga orang teman..
begitu perit untuk aq terima..
hanya sebelas bulan aq baru bersama mereka..
kini aq kehilangan mereka..
hilai tawa mereka..
usikan ejek2 dari mereka..
gurau senda mereka..
kini telah lenyap di dalam kamus hidupku..
namun aq tidak akan melupakan kalian semua..

Air Mata Insan Yang Tidak Berdosa

air matanya menitis lagi..
air mata seorang insan yang tidak berdosa..
air matanya menitis dek kerana kekejaman sang penghianat..
pemergiannya menunaikan haji menjadi spekulasi..
agenda politik si pengkhianat yg iri hati..
sedih ku melihat situasi ini..
jejakkan kaki tok guru ke kota makkah
di halangi oleh pengkhianat ini..
dunia betul2 sudah ke akhir zaman..
teringat aku ke peristiwa
ketika di zaman Baginda s.a.w..
Baginda pernah di halang oleh orang2 Quraisy
memasuki kota Makkah..
kini..
tok guru pula yang di halang..
sejak peristiwa ini berlaku..
aq makin takut..
aq takut pada bala yg
akan Allah turunkan pd penduduk
di negara ini..
makin ramai yg memaki dan mencaci para2 ulama..
sedangkan artis2 dan pembesar ramai yg dipuja dan dipuji..
arak dan maksiat makin berleluasa..
seperti sudah dihalalkan untuk melakukanya..
Ya Allah..
jahilnya hamba2 mu ini..
apakah ini menandakan yang kiamat mu
itu makin menghampiri kami semua??

Ibadat Haji Lambang Perpaduan Islam

MAKKAH - Berjuta-juta penganut Islam, yang datang dari pelbagai negara seluruh dunia untuk menunaikan ibadat haji, memenuhi Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah untuk menunaikan solat Jumaat kelmarin.

Imam Makkah, Sheikh Saud Al-Shuraim dalam khutbahnya mengingatkan jemaah mengenai peranan haji dalam menguatkan perpaduan umat Islam seluruh dunia.

"Kita dapat saksikan manusia berdoa kepada Allah dalam bahasa yang berbeza dan mereka datang dari pelbagai sudut dunia. Mereka cuba mengenali satu sama lain dan memahami erti perpaduan dan persaudaraan," katanya.

Beliau juga menggesa umat Islam bersatu di bawah panji Islam berdasarkan ajaran Al-Quran dan Sunah.

Imam Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Al-Qassim dalam khutbahnya pula berkata, haji mampu menyucikan dosa-dosa yang dilakukan jemaah ketika dulu.

"Balasan syurga kepada haji yang mabrur," katanya memetik sepotong hadis Nabi Muhammad.

Beratus-ratus ribu jemaah yang tiba di Madinah sejak permulaan musim haji kini sudah berada di Makkah.

Sebuah bas akan bertolak ke Makkah pada setiap lima minit," kata Pengarah Kementerian Haji Cawangan Madinah, Muhammad Abdul Rahman Al-Bijawi.

Kira-kira 800,000 jemaah mengunjungi menziarahi pusara Nabi Muhammad dan menunaikan solat di masjid baginda selain melawat tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan tanah perkuburan Al-Baqeea.

Hampir tiga juta jemaah dijangka menunaikan haji tahun ini yang bermula 25 November ini.

Friday, October 23, 2009

Bacalah ..


Baca sekiranya anda mengaggap diri anda beragama Islam! Sebelum kamu baca, saya berjanji untuk menyampaikan mesej ini kepada kawan-kawan saya yang lain dalam lingkungan tiga hari selepas habis membaca surat ini. Wahai manusia, adakah iman kamu kuat atau lemah. Adakah kamu berani untuk melawan DAJJAL. Iman kamu hendaklah kuat dan hendaklah kamu jangan memikirkan kamu kuat.Surat-surat berantai,mesej palsu,mesej nasib adalah semua tidak bagus. Mempercayai nasib adalah fasik. Hendaklah kamu membaca surah Al-Kahfi setiap masa yang lapang. Dajjal akan keluar apabila MasjidilAqsa tidak berazan selama 5 atau 7 hari. Kemungkinan pada 21/12/2012. Ramai orang fikir itu tarikh kiamat. TIDAK!!!! Nabi Isa tidak turun untuk berdakwah lagi selama 7 tahun!! dajjal ada 30. semuanya akan insaf sebelum mati. dikatakan

Monday, October 19, 2009

Perjalanan Kehidupanku

Suatu masa dulu…
Hamba Mu ini hanyut dalam arus kehidupan,
Begitu sibuk mengejar impian,
Dengan harapan mendapat penghormatan dan kemewahan,
Dunia yang fana ini menjadi matlamatku,
Cinta berteraskan nafsu menjadi buruanku,
Perihal akhiratku tiada ku endahkan,
Perintah dan larangan Mu tidak ku hiraukan,
Azab dan seksaan Mu tidak ku risaukan,
Syurga dan neraka tidak ku fikirkan…

Sehinggalah pada suatu hari…
Engkau menguji ku dengan kegagalan,
Yang memusnahkan segala harapan,
Menjadikan hamba Mu ini bergelut dengan kesedihan…
Ya Rahman…
Di saat itu sangat sukar bagi ku menerima kenyataan,
Ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan,
Hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan,
Ku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan!
Dan kini...
Barulah ku sedari,
Pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu,
Terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim,
Kerana melalui kegagalan itulah aku mula mengenali Mu,
Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa
Dunia tidak patut dijadikan matlamat,
Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan,
Lantas aku berpaling darinya dan berlari ke arah cinta Mu,
Hanya keredhaan Mu sahajalah yang ingin ku raih kini...
Ya 'Azim...
Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu,
Kerana di antara berjuta manusia,
Engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini,
untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu
dan menghijrahkan diriku dari alam jahiliyah
ke alam uluhiyyah dan ubudiyyah...
Ya Allah...
Aku amat berterima kasih kepada Mu
Kerana Engkau tidak pernah membiarkan diriku terus tersesat
Dalam kehidupan yang serba sementara ini,
Meskipun ketika itu aku sering terlalai dari mengingati Mu...
Memang tidak dapat dinafikan lagi,
Bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…
Ya 'Aziz…
Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini
untuk selama-lamanya,
Janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap
yang membawa kepada kesesatan,
Ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini,
Pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu,
Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku,
Benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman,
Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran,
Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan,
Kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan,
Dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku…
Ya Khaliq...
Jadikanlah setiap hembusan nafasku,
Setiap kelipan mataku,
Setiap degupan jantungku,
Setiap helaian rambutku,
Setiap bait perkataanku,
Setiap hayunan tanganku,
Setiap langkah kakiku
Dan setiap titisan darahku,
Hanyalah untuk Mu…
Sebelum tiba ajalku,
Ingin ku merayu kepada Mu,
Bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku,
untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka,
Lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu,
Luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku,
Meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu,
Permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya...
Curahkanlah redha Mu terhadapku sepanjang hayatku
Dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah...
Dan esok, Andainya aku tidak bernafas lagi,
Sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi,
Bimbinglah mereka sepertimana Engkau telah sudi membimbing diri ini,
Agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi,
Di pertemuan yang hakiki,
Di dalam syurga yang kekal abadi...

Thursday, October 15, 2009


Cute Myspace Generators


Itulah kata2 pegangan Kak Nik Nur Madihah (pelajar cemerlang SPM 2008).
Kita juga hendaklah memegang kata2 ini dlam hidup.
Maksud HABLUMMINALLAH :

* Jaga hubungan dengan ALLAH .

Maksud HABLUMMINANNAS :

* Jaga hubungan dengan MANUSIA .

sekian sahaja daripada saya pada hari ini,

WASSALAM .:)